JOM INFAQ

KENYATAAN MEDIA DPPM (27 SEP 2022)

Thu, 13 Oct 2022
Kategori: 

𝗞𝗨𝗞𝗨𝗛𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗨𝗠𝗠𝗔𝗛 𝗣𝗔𝗥𝗧𝗜 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗧𝗜𝗞 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗬𝗨 𝗜𝗦𝗟𝗔𝗠

27 September 2022 | 30 Safar 1444H

  1. Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendokong penuh usaha-usaha serius yang diketuai YB Tan Sri Tuan Guru Presiden PAS untuk meneruskan agenda penyatuan ummah khasnya dalam kalangan parti-parti politik Melayu Islam di dalam negara ini.
  2. Pertemuan YB Tan Sri Tuan Guru Presiden PAS bersama Presiden UMNO dan pertemuan bersama Pengerusi Perikatan Nasional (PN) dalam tempoh seminggu dua sebelum ini adalah satu usaha serius yang perlu diberi perhatian oleh semua pihak yang masih mahukan agenda penyatuan ummah.
  3. Perlu diingatkan, perpecahan dalam kalangan parti politik Melayu Islam hanyalah akan memberikan peluang kepada Pakatan Harapan (PH) yang didominasi DAP untuk kembali berkuasa. Mimpi ngeri selama 22 bulan ketika PH menjadi kerajaan hendaklah menjadi pengajaran bersama semua pihak. PH tidak boleh diberi peluang untuk kembali bernafas di dalam pilihan raya akan datang.
  4. Dalam masa yang sama, para pemimpin politik Melayu Islam hendaklah meletakkan kepentingan penyatuan ummah dan mengenepikan kepentingan peribadi. Penyatuan tidak akan berjaya jika pemimpin politik Melayu masih mengulangi perangai lama, hanya tertumpu kepada soal apa habuan diri yang akan diperolehi berbanding soal kepentingan ummah yang lebih utama.
  5. Sehubungan itu, DPPM menggesa agar halatuju permuafakatan politik Melayu Islam dapat dimuktamadkan segera di dalam tempoh terdekat sebagai persediaan untuk berhadapan dengan Pilihan Raya Umum ke-15 kelak.

AFNAN HAMIMI BIN DATO’ TAIB AZAMUDDEN
Timbalan Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram