JOM INFAQ

PEMERKASAAN INTEGRITI: KEJAYAAN SEBUAH NEGARA

Thu, 16 Jun 2022
Kategori: 

Seruan telah berbunyi demi kebaikan negara bersama. Dalam memupuk jati diri untuk kesedaran masyarakat, YDPA telah menyeru agar elemen kejujuran, amanah dan integriti diterapkan.

Baginda yang juga merupakan Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) menyatakan seruan agar elemen tanggungjawab dipupuk di kalangan mahasiswa. Hal ini disebabkan kerana elemen itulah yang menjadi kayu ukur kejayaan sebuah negara.

Masyarakat harus dididik dengan pembudayaan integriti sejak kecil lagi agar tidak berlaku kelompongan dalam sebuah kepimpinan. Sejarah sudah tercatat dan membuktikan bahawa runtuhnya sebuah kerajaan Melaka disebabkan rasuah.

PAS melalui PASTI, SRITI dan SMITI sentiasa menekankan akhlak-akhlak mulia dalam silibus pendidikan Islam sedari kecil lagi. Sudah pasti ia merupakan komitmen PAS dalam usaha melahirkan pemimpin dan rakyat masa depan yang memberikan khidmat terbaik kepada negara.

Justeru, bakal pemimpin negara khususnya mahasiwa mestilah menanam jati diri yang tinggi agar sentiasa berlaku jujur dan amanah.

Kehancuran sebuah tamadun akan berlaku dengan adanya masyarakat yang tidak telus. Semoga kita sentiasa dikurniakan pemimpin yang sentiasa menjadikan Islam sebagai rujukan utama.

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram