JOM INFAQ

DEPRESSION PEMBUNUH SENYAP MANUSIA

Thu, 07 Jul 2022
Kategori: 

Minggu lalu pada tanggal 4 Julai , kita dikejutkan dengan berita seorang suami mengelar seorang isteri dan anaknya. Antara faktor pendorong dikenal pasti adalah kerana stres, depresi dan kemurungan melampau disebabkan masalah kewangan, hilang pekerjaan, bebanan hutang dan masalah keluarga.

Jiran setempat memaklumkan yang lelaki itu berkelakukan baik sebelum kejadian tersebut. Mungkin dia sedang mengalami tekanan perasaan sehingga mengakibatkan dia mengambil tindakan nekad itu.

Bagi yang mengalami depresi, ia boleh dikawal dengan beberapa cara iaitu:

1.  Jadilah seseorang yang aktif dengan melakukan senaman ringan.

2. Mengamalkan pemakanan yang sihat

3. Tidur yang mencukupi

4. Mampu mengawal keadaan diri dan menyelesaikan masalah

5. Melakukan perkara yang memberi manfaat kepada orang sekeliling.

Bagi seseorang yang mengalami depresi, mereka tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Malah perlu diberikan  sokongan supaya tiada perkara yang tidak diingini berlaku. Berilah sedikit sokongan kepada mereka yang mengalami depresi. Semoga rakyat Malaysia dilindungiNya.

#PemudaPAS #MemacuPerpaduan

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram