Sebelum ini, RM50 mampu memenuhkan satu troli barangan. Kini, keadaan itu hanya tinggal kenangan. Kenaikan harga barang benar-benar memberi kesan kepada kuasa pembelian rakyat Malaysia pada hari ini.
Namun, krisis ekonomi ini pasti melanda Malaysia, hatta seluruh dunia kerana pelbagai faktor luaran dan berkait rapat dengan model asas ekonomi, iaitu permintaan dan penawaran (supply and demand).
Model ini menerangkan interaksi dalam pasaran antara pengeluar, pengguna, dan harga barangan. Berdasarkan model ini, harga berfungsi untuk menghasilkan sebuah ekonomi seimbang dengan menyeimbangkan permintaan pengguna dan pembekalan pengeluar.
Maka, keadaan kini yang menyaksikan berlakunya permintaan secara mendadak setelah berlakunya pembukaan semula ekonomi pasca COVID-19 dan juga faktor-faktor luaran lain menyebabkan titik tengah atau ‘equilibrium’ dalam model ini beralih ke atas setelah permintaan melebihi bekalan. Maka, berlakunya kenaikan harga bagi menyeimbangkan semula ekonomi semasa. Keadaan ini memberi kesan kepada logistik, pengangkutan, bekalan bahan mentah dan komponen-komponen asas.
Bagi meneruskan kehidupan dengan baik dalam keadaan darurat ekonomi ini, boleh kita renung beberapa tip tentang pengurusan kewangan yang dikongsikan dalam laman web Keluarga baru-baru ini.
1. Kurangkan makan di luar.
2. Utamakan pembelian barangan keperluan.
3. Sekarang bukan zaman cuba-cuba makanan viral, tetapi makan untuk kenyang.
4. Jangan bazirkan sumber makanan yang ada, biar kurang jangan berlebih.
5. Hentikan pembaziran makanan sewaktu majlis kenduri. Biar kecil bermakna, bukan besar membazir.
6. Pastikan ada aset yang mudah ditunaikan.
7. Jaga sebaiknya aset yang beri aliran tunai seperti rumah sewa, perniagaan dan sebagainya.
Semoga semua rakyat Malaysia dapat harungi krisis ekonomi ini dengan sabar dan tabah.
Rujukan tip : https://www.keluarga.my/harga-barang-naik-ramai-yang…/
Kredit : Wardah Media