JOM INFAQ

Jabatan AMAL Malaysia (Unit Amal)

Ditubuhkan pada 1991.  Unit AMAL berfungsi sebagai sebuah pasukan kebajikan sukarela beruniform yang dianggotai oleh pemuda dan ahli Parti Islam Se-Malaysia. Penubuhan Unit Amal adalah selaras dengan keperluan dan kehendak anak muda masa kini yang sentiasa ingin melibatkan diri dalam masyarakat dalam aktiviti-aktiviti kesukarelawan dan kebajikan.
Unit AMAL turut memilik 10 Kor asas bagi memastikan gerak kerja yang lebih efektif dan efisien.

31

Tahun Unit Amal telah menabur bakti kepada masyarakat 

1359

Jumlah Ahli Unit Amal di seluruh Malaysia dan terus bertambah.

14

Unit amal aktif di kesemua 14 Negeri seluruh negara.

10

Kor Asas ditubuhkan dalam Unit Amal 

10.25%

Peningkatan ahli Unit Amal berbanding 2021

Divisi Utama UNIT AMAL

Bahagian Operasi

Merangkumi  Kor Medik dan Penyelamat (termasuk Unit Marin), Kor Jurutera, Kor Semboyan, Kor Trafik dan juga Kor Tugas Khas.

Bahagian Latihan

Perancangan latihan, pelaksanaan latihan, kejurulatihan dan penyelarasan pangkat.

Bahagian Kebajikan

Merancang dan melaksanakan kerja-kerja dakwah, tarbiah dan kebajikan melalui Kor Tarbiah dan Dakwah serta Kor Kebajikan

Bahagian Pelapis

Bertanggungjawab bagi membentuk generasi muda yang beriman, beramal Islami dan bertakwa, dengan menguruskan Kadet Amal dan Briged Amal

Sejarah Penubuhan Jabatan AMAL

Jabatan AMAL merupakan salah satu jabatan di bawah Dewan Pemuda PAS Malaysia. Jabatan Amal ini berfungsi sebagai sebuah pasukan kebajikan sukarela beruniform yang dianggotai oleh pemuda dan ahli Parti Islam Se-Malaysia. Penubuhan Unit Amal adalah selaras dengan keperluan dan kehendak anak muda masa kini yang sentiasa ingin melibatkan diri dalam masyarakat dalam aktiviti-aktiviti kesukarelawan dan kebajikan.

Penubuhan jabatan ini bermula pada tahun 1991. Ianya dicetuskan melalui sebuah panduan kertas kerja induk Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Pemuda PAS (DPP) Pusat sesi 1989/91. Ia kemudiannya disahkan oleh mesyuarat Jawatankuasa Kerja DPP Pusat kali ke-4 pada 1 Julai 1989 dengan digerakkan oleh satu unit penajaan seramai 12 orang dari Terengganu yang mempunyai pelbagai pengalaman pasukan sukarelawan beruniform.

Majlis pelancaran Unit Amal (Kebajikan dan Rekreasi) telah diadakan pada 14 hingga 16 Februari 1991 bertempat di Pantai Tok Jembal, Kuala Terengganu[1]. Pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Guru Haji Harun Taib, Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu pada masa itu merangkap Ahli Majlis Syura Ulamak PAS. Jambori pertama kali ini telah berjaya mengumpulkan penyertaan seramai 851 anggota dari seluruh negeri.

Bermula Februari 2006, Unit Amal telah dianugerahkan pakaian rasmi baru berwarna merah terang. Majlis penyampaian penganugerahan pakaian rasmi ini telah disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan ketika itu, YAB Dato’ Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat di Perdana Resort, Kota Bharu, Kelantan
Unit Amal Malaysia telah dinaik taraf kepada Jabatan Amal Malaysia pada tahun 2007 dan menggunakan logo yang baru

Penubuhan jabatan ini bermula pada tahun 1991. Ianya dicetuskan melalui sebuah panduan kertas kerja induk Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Pemuda PAS (DPP) Pusat sesi 1989/91. Ia kemudiannya disahkan oleh mesyuarat Jawatankuasa Kerja DPP Pusat kali ke-4 pada 1 Julai 1989 dengan digerakkan oleh satu unit penajaan seramai 12 orang dari Terengganu yang mempunyai pelbagai pengalaman pasukan sukarelawan beruniform.

Jabatan Amal ini berfungsi sebagai sebuah pasukan kebajikan sukarela beruniform yang dianggotai oleh pemuda dan ahli Parti Islam Se-Malaysia. Penubuhan Unit Amal adalah selaras dengan keperluan dan kehendak anak muda masa kini yang sentiasa ingin melibatkan diri dalam masyarakat dalam aktiviti-aktiviti kesukarelawan dan kebajikan.

suncoguserslocation linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram