
PENGENALAN
Dewan Pemuda PAS Malaysia merupakan salah sebuah sayap daripada kepimpinan Parti Islam Se-Malaysia dan ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1953. Ia dianggotai oleh ahli PAS di bawah usia 40 tahun. Ketua Pemuda PAS ) yang pertama (Pemuda Islam pada masa itu) ialah Haji Ahmad Badawi Abdullah. Kini, Ketua Pemuda PAS Malaysia ialah YB Ustaz Ahmad Fadhli Shaari merangkap Ahli Parlimen Pasir Mas.
Dewan Pemuda PAS Malaysia sentiasa maju ke hadapan dengan beberapa pembaharuan iaitu dengan tertubuhnya institusi pendidikan seperti PASTI (1988), SRITI (2017) dan SMITI (2019). Unit-unit di bawah Jabatan Kebudayaan, Keseniaan Dan Sukan ( DACS ) sentiasa bertambah seiring dengan keperluan semasa yang kini sudah mencecah sehingga 13 unit.
Selain itu, penubuhan Jabatan baru seperti Jabatan Media Baru ( NuMed) pada tahun 2019 dan Jabatan Kualiti Imej dan Penjenamaan (2021) dilaksanakan seiring dengan perkembangan pesat teknologi media sosial. Pemuda PAS sentiasa bersikap proaktif dalam memastikan pendekatan segar dan berjiwa muda kepada anak muda diteruskan demi menyebarkan dakwah, tarbiyah dan politik anak muda berlandaskan acuan Islam.