๐๐จ๐๐จ๐๐๐๐ก ๐ฃ๐๐ก๐ฌ๐๐ง๐จ๐๐ก ๐จ๐ ๐ ๐๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐ง๐ ๐ฃ๐ข๐๐๐ง๐๐ ๐ ๐๐๐๐ฌ๐จ ๐๐ฆ๐๐๐
27 September 2022 | 30 Safar 1444H
AFNAN HAMIMI BIN DATO’ TAIB AZAMUDDEN
Timbalan Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia
——————–
Sebelum ini, RM50 mampu memenuhkan satu troli barangan. Kini, keadaan itu hanya tinggal kenangan. Kenaikan harga barang benar-benar memberi kesan kepada kuasa pembelian rakyat Malaysia pada hari ini.
Namun, krisis ekonomi ini pasti melanda Malaysia, hatta seluruh dunia kerana pelbagai faktor luaran dan berkait rapat dengan model asas ekonomi, iaitu permintaan dan penawaran (supply and demand).
Model ini menerangkan interaksi dalam pasaran antara pengeluar, pengguna, dan harga barangan. Berdasarkan model ini, harga berfungsi untuk menghasilkan sebuah ekonomi seimbang dengan menyeimbangkan permintaan pengguna dan pembekalan pengeluar.
Maka, keadaan kini yang menyaksikan berlakunya permintaan secara mendadak setelah berlakunya pembukaan semula ekonomi pasca COVID-19 dan juga faktor-faktor luaran lain menyebabkan titik tengah atau ‘equilibrium’ dalam model ini beralih ke atas setelah permintaan melebihi bekalan. Maka, berlakunya kenaikan harga bagi menyeimbangkan semula ekonomi semasa. Keadaan ini memberi kesan kepada logistik, pengangkutan, bekalan bahan mentah dan komponen-komponen asas.
Bagi meneruskan kehidupan dengan baik dalam keadaan darurat ekonomi ini, boleh kita renung beberapa tip tentang pengurusan kewangan yang dikongsikan dalam laman web Keluarga baru-baru ini.
1. Kurangkan makan di luar.
2. Utamakan pembelian barangan keperluan.
3. Sekarang bukan zaman cuba-cuba makanan viral, tetapi makan untuk kenyang.
4. Jangan bazirkan sumber makanan yang ada, biar kurang jangan berlebih.
5. Hentikan pembaziran makanan sewaktu majlis kenduri. Biar kecil bermakna, bukan besar membazir.
6. Pastikan ada aset yang mudah ditunaikan.
7. Jaga sebaiknya aset yang beri aliran tunai seperti rumah sewa, perniagaan dan sebagainya.
Semoga semua rakyat Malaysia dapat harungi krisis ekonomi ini dengan sabar dan tabah.
Rujukan tip : https://www.keluarga.my/harga-barang-naik-ramai-yang…/
Kredit : Wardah Media
Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan banyak berita berkaitan dengan kenaikkan harga barang. Sungguh sukar bagi rakyat Malaysia untuk menghadapi fasa sekarang ini terutama pelajar di sekolah, kolej dan universitiย tentu risau akan harga setiap hidangan yang terdapat di tempat masing-masing.ย
Bagi meringankan beban penuntut IPT, Kementerian Pengajian Tinggi membuat seruan bagi menyarankan pihak IPT menyediakan jualan makanan di dalam kampus dengan setiap hidangan pada harga siling RM3.50 menerusi inisiatif Food Basket Siswa Keluarga Malaysia. Antara IPT awam setakat ini yang sedang melaksanakan inisiatif berkenaan ialah Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Malaya (UM).
Dengan melaksanakan inisiatif Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan yang menyediakan menu makanan dengan harga serendah RM3.50 bagi setiap hidangan sememangnya amat membantu dalam meringankan beban kos sara hidup penuntut IPT khususnya golongan B40.
Marilah kita bersama mencari jalan terbaik untuk membantu pelajar IPT. Mereka sudah sangat terbeban dengan kos sara hidup semasa, tidak salah jika kita memberikan sesuatu yang dapat memberikan sedikit kelegaan dan menjadikan kehidupan mereka lebih baik di IPT. Ianya kerana pelajar IPT ialah aset masa depan negara yang perlu disantuni.
Minggu lalu pada tanggal 4 Julai , kita dikejutkan dengan berita seorang suami mengelar seorang isteri dan anaknya. Antara faktor pendorong dikenal pasti adalah kerana stres, depresi dan kemurungan melampau disebabkan masalah kewangan, hilang pekerjaan, bebanan hutang dan masalah keluarga.
Jiran setempat memaklumkan yang lelaki itu berkelakukan baik sebelum kejadian tersebut. Mungkin dia sedang mengalami tekanan perasaan sehingga mengakibatkan dia mengambil tindakan nekad itu.
Bagi yang mengalami depresi, ia boleh dikawal dengan beberapa cara iaitu:
1. Jadilah seseorang yang aktif dengan melakukan senaman ringan.
2. Mengamalkan pemakanan yang sihat
3. Tidur yang mencukupi
4. Mampu mengawal keadaan diri dan menyelesaikan masalah
5. Melakukan perkara yang memberi manfaat kepada orang sekeliling.
Bagi seseorang yang mengalami depresi, mereka tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Malah perlu diberikan sokongan supaya tiada perkara yang tidak diingini berlaku. Berilah sedikit sokongan kepada mereka yang mengalami depresi. Semoga rakyat Malaysia dilindungiNya.
#PemudaPAS #MemacuPerpaduan
Seruan telah berbunyi demi kebaikan negara bersama. Dalam memupuk jati diri untuk kesedaran masyarakat, YDPA telah menyeru agar elemen kejujuran, amanah dan integriti diterapkan.
Baginda yang juga merupakan Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) menyatakan seruan agar elemen tanggungjawab dipupuk di kalangan mahasiswa. Hal ini disebabkan kerana elemen itulah yang menjadi kayu ukur kejayaan sebuah negara.
Masyarakat harus dididik dengan pembudayaan integriti sejak kecil lagi agar tidak berlaku kelompongan dalam sebuah kepimpinan. Sejarah sudah tercatat dan membuktikan bahawa runtuhnya sebuah kerajaan Melaka disebabkan rasuah.
PAS melalui PASTI, SRITI dan SMITI sentiasa menekankan akhlak-akhlak mulia dalam silibus pendidikan Islam sedari kecil lagi. Sudah pasti ia merupakan komitmen PAS dalam usaha melahirkan pemimpin dan rakyat masa depan yang memberikan khidmat terbaik kepada negara.
Justeru, bakal pemimpin negara khususnya mahasiwa mestilah menanam jati diri yang tinggi agar sentiasa berlaku jujur dan amanah.
Kehancuran sebuah tamadun akan berlaku dengan adanya masyarakat yang tidak telus. Semoga kita sentiasa dikurniakan pemimpin yang sentiasa menjadikan Islam sebagai rujukan utama.
Oleh: Dr Riduan Mohamad Nor
Beberapa bulan yang lalu apabila Ustaz zulkarnain Hassan menelefonku untuk menjadi pembicara Program Bicara tokoh Tarbiah PAS anjuran Dewan Ulama PAS Pusat di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya, aku merasa teruja dan membumbung keseronokan. Mana tidak , mengenang seorang murabbi dengan sebanjaran jasa kepada abnaul harakah, figura dakwah, tarbiah dan siasah yang dikenali diperingkat antarabangsa. Jarang anggota jamaah tidak bersentuhan pengalaman dengan murabbi tarbiah ini dalam dekad 80an dan 90an, apatah lagi sosok ini sarat dengan pengalaman dimedan operasional, bukan sekadar terkurung dalam bilik usrah. Aku diamanahkan menjadi Setiausaha Tarbiah DPPWP , AJK Lujnah Tarbiah DPP sehinggalah mengalang tugas sebagai Timbalan Pengerusi Lujnah Tarbiah DPPP. Kenangan program tajnid ( kaderisasi dakwah) sangat membekas dan dilipat kemas dalam ingatan seumur hidup.
Airmata terasa deras mengalir pagi ini mengenang jasa-jasa almarhum yang tak mampu dibayar dengan secupak emas sekali pun kerana tokoh murabbi PAS ini sangat tidak asing dengan program tajnid (pembinaan kader-kader dakwah PAS). Anak muda aktivis gerakan Islam negara ini rasanya semua mengenali dengan dekat sesepuh besi khursani tarbiah ini yang mendapat pendidikan di Timur Tengah dan pernah diasuh secara sistematis oleh Ikhwanul Muslimin. Pengalaman almarhum di Makkah, Syria, Iraq ,seterusnya ke Mesir bukan kaleng- kaleng usaha pemukiman ilmu dan menoreh pengalaman hidup.
Beliau mewakafkan diri untuk perjuangan Islam semenjak zaman muda sehinggalah tubuhnya mula disengat penyakit namun masih tidak menguzurkan diri di medan amal Islami. Kertas kerja tarbiah Ustaz Yahya Othman sering kita lumati dalam program tarbiah, bahkan dada kita turut terisi dengan penyampaian beliau yang tegas. Beliau adalah anak didik kepada Sheikh Kamal Saniri, tokoh Ikhwanul Muslimin yang telah mengalami pemenjaraan dan akhirnya mati syahid akibat disiksa oleh regim thaghut Mesir. Juga sangat obses dengan Dr Mustapha AsSibaei semasa zaman remajanya, berkesempatan bersama dengan Sheikh Abdul Karim Zaidan di bumi Iraq.A
Jika menziarahi bumi Jordan, biasanya Dr Muhammad Said Hawwa (anak Sheikh Said Hawwa) akan menjemput beliau di lapangan terbang. Beliau mempunyai kenangan kolektif bersama Sheikh Said Hawwa dan tokoh-tokoh besar Ikhwan yang terbuang di merata tempat, termasuk akrab dengan Dr Kamal Helbawi dan Dr Mehdi Akif.
Ustaz Yahya mendapat pendidikan di Mekah, antara pelajar genius yang disayangi oleh guru-guru di Masjidil Haram seperti Sheikh Yasin alFadani. Almarhum berkelana ke dimasyk Syria, berminat menyambung pengajian (MA) di Iraq namun berlaku perubahan pada tampuk kuasa di Iraq yang melibatkan gangguan teknikal pada akreditasi sijil. Almarhum seterusnya di Universiti al Azhar sehingga mendapat MA (Sarjana). Beliau sangat menyintai dunia pendidikan, sehingga jasanya ada di belakang penubuhan YPTIK, Maahad Tahfiz Pulai Condong, KIAS, Kolej An-Nur, Maahad Darul Quran Machang dan pelbagai institusi pendidikan Islam di Kelantan bahkan negara ini.
Akses beliau dengan Universiti al Azhar begitu sekali baik, ini adalah kerana latarbelakang pendidikan dan jaringan yang dimiliki oleh beliau ketika aktif di dalam gerakan belia Islam antarabangsa. Tidak pelik jika apabila PAS memenangi Kelantan pada tahun 1990, beliau diamanahkan sebagai exco Pendidikan negeri Kelantan. Beliau menjadi ADUN Banggol Judah dan pernah bertanding di Parlimen Pasir Puteh pada tahun 1978.
Sang Murabbi ini mengabadikan hidupnya untuk mencetak kader dakwah, memesrai anak muda supaya menjadi amilin yang menyambung risalah perjuangan Islam. Dirinya adalah mercu keteladanan kepada kita kerana kata-katanya dibenarkan dengan tindakan dan amalan, beliau bergulat dengan perjuangan secara serius semenjak tahun 70an lagi. Beliau pernah menjawat jawatan sebagai exco WAMY serta ahli majlis Syura ABIM saat ABIM adalah gerakan simbiosis kepada PAS dalam dekad 70an. Almarhum juga adalah tokoh ulama PAS Pusat yang juga begitu akrab dengan tokoh-tokoh besar Ikhwanul Muslimin.
Di saat kebangkitan Islam menyelimuti dunia Islam, bahkan negara ini juga tidak terkecuali, Ustaz Yahya Othman bergerak ke seluruh negara untuk membudayakan tarbiah kepada pemuda dan belia Islam. Saat itu, kesan daripada percikan kebangkitan Islam, negara dahagakan sentuhan ulama-ulama haraki dan beliau sebaris namanya dengan Tuan Guru Haji Abdul Hadi, Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Ustaz Wan Mustapha Rusdi, Ustaz Awang Nasruddin Abu Bakar dan nama-nama besar lain penggerak tarbawi. Tidak menjadi rahsia bahawa kesan daripada tarbiah beliau kepada ahli PAS terutama pemuda PAS di penghujung dekad 1970an dan awal 80an, akhirnya berlaku transformasi kepimpinan pada tahun 1982 yang dikenali sebagai kepimpinan ulama.
Almarhum bukan sahaja menjadi tenaga pengisi penting untuk program pelajar dan pemuda dalam negara tetapi juga sentiasa diundang ke luar negara termasuk di United Kingdom dan US. Perawakan lembut tetapi tegas, hujjahnya sentiasa disepuh ayat-ayat Allah dan hadith Nabi SAW. Dasawarsa 70an dan 80an adalah zaman subur merendang dan meranum hijau dengan usrah, tamrin, daurah, jaulah, ijtimak dan sebagainya, semua program ini begitu sinonim dengan beliau. Bahkan, PAS berjaya merubah kepimpinan pada tahun 1982 (transformasi kepimpinan) adalah kerana suburnya gerakan tarbiah dan pembinaan. Kepimpinan ulama yang menjadi teras kepimpinan PAS berjaya direalisasikan akibat hidupnya gerakan tarbiah yang berterusan, juga akibat generasi peserta kebangkitan Islam yang begitu membuncah ghairah untuk melihat PAS menjadi gerakan Islam yang bergerak di atas kefahaman ahli bukan semangat yang meledak-ledak kosong. Almarhum juga di belakang penubuhan ILHAM dan juga menggerakkannya.
Kita semua para amilin jemaah akan sentiasa mempunyai ingatan kolektif terhadap jasa dan pengorbanan almarhum, bahkan akan terus merasa kerinduan yang menggebu dengan sentuhan โair tanganโ beliau. Saya semasa menjadi Pengerusi Lujnah Tarbiah DPPWP dan Timbalan Pengerusi Lujnah Tarbiah DPPP, Ustaz Yahya adalah pimpinan utama yang sentiasa diundang untuk menjadi pengisi program tarbiah pemuda khususnya. Beliau sangat serius dalam persoalan menepati masa, bicaranya tenang namun tegas. Bersimpuh di hadapan beliau semasa program seolah didera dalam penjara Guantanamo atau berada dalam sel regim Arab, bimbang diterpa soalan โcepu masโ ustaz Yahya. Wajahnya sebening air yang membersit cahaya tetapi ketegasannya menggerunkan.
โAyat apa tadi akhi? surah apa ana sebut tadi?โ Tanya sang murabbi dengan cerlungan mata pada peserta program tajnid. Tak berkutik, semua tunduk seolah tak mendengar soalan ustaz. Dia tak mengalah, terus mengasak peserta. Dada bergelombang turun naik, bimbang diterjah soalan daripada beliau.
โAyat apa yang akhir ana cakap tadiโฆ?โ Tanya beliau dengan tegas, peserta akan menunduk dan menikus seperti tikus disimbah dengan air sirap bandung. Tak berkutik.
โMengapa enta tak menulis semasa ana berkuliah?โ Tanya sang Murabbi dengan tatapan tajam di sebalik bingkai kaca mata kepada peserta tamrin, sebahagiannya menikus seperti tikus mondok tersimbah โkopi jandaโ. Saya juga, walaupun sebagai panitia program, turut merasa kecut perut seperti baru melintasi bilik mayat selepas jam tiga pagi atau melintasi jirat Cina yang baru menyimpan mayat gadis mati membunuh diri. Semua diam, tenang dalam ketakutan yang cukup payah diungkap dengan lukisan kata-kata. Hormat dan gerun, sekaligus merasa bersalah kerana tidak serius mencatat.
โMengapa tak menulis dalam jawi?โ Tanya Ustaz lagi pada seorang peserta yang duduk di barisan hadapan, teman ini pucat, bibirnya kelat menelan air liur. Lulusan kampus tempatan ini adalah produk dasar pendidikan negara yang tidak bersahabat dengan tulisan jawi.
โAna sayangkan antum semua ini, antum semua anak ana, antum semua masa depan perjuangan Islam,โ kata sang murabbi dengan lirih, mata beliau berkaca dengan patah kata yang tersekat. Di akhir program kami saling memeluk beliau, berpamitan dengan penuh ukhuwwah, ustaz sentiasa bermalam dengan peserta tamrin Pemuda, mengunyah apa sahaja yang dihidangkan bersama peserta tamrin tanpa omelan. Keakraban beliau dengan peserta bukanlah dibuat-buat, keintiman ini berakar daripada kecintaan beliau untuk membina dan mencetak jurudakwah muda.
Buatlah tamrin jauh meranduk kawasan perbukitan, meredah kawasan yang paling rahsia untuk mengelak pengintipan musuh atau ke pulau terbiar, Ustaz Yahya tidak pernah gagal untuk hadir. Biasanya pula sang murabbi akan sampai lebih awal daripada peserta tamrin. Sesibuk manapun beliau semasa menjadi Exco Kerajaan Kelantan namun program tarbiah adalah keutamaan. Selepas melepaskan jawatan Eksekutif dalam kerajaan negeri, belia masih di papan carta utama program tarbiah termasuk penglibatannya dalam Lujnah Tarbiah Pusat dan murabbi tarbiah jamaah.
โMula pukul berapa akhi program niโฆโ Tanya almarhum Ustaz Yahya pada saya dalam satu program pembinaan. Sebenarnya jauh di sudut hati ustaz tidak memerlukan jawapan, soalan itu adalah inzar kepada panitia yang gagal untuk mendisiplinkan peserta. Apa pun teguran yang diberi, saya dan kawan-kawan tidak pernah berkecil hati, malah hari ini ianya menjadi sebuah kerinduan yang sangat mendera perasaan, terakam indah dalam lipatan ingatan kolektif kita semua.
Dalam program Ijtimak Tarbawi yang berlangsung di Masjid Rusila dua belas tahun lepas, ramai generasi muda yang baru berjinak dengan PAS tidak mengenali sosok ini namun akhirnya terpegun dengan pengisiannya yang sangat mengesankan. Kata-katanya seperti kilauan mutiara, juga seperti air yang jernih yang turun daripada bukit seterusnya menakung dalam kolam yang teguh. Daya ingatannya memukau dan menyakinkan sekali, menyihir anak-anak muda yang tekun mendengar. Suaranya bergetar sayu sebelum berpamitan dengan peserta, matanya melihat dengan penuh bahagia kepada seluruh peserta Ijtimak Tarbawi.
โJangan lupakan program tarbiah, jangan lupa baca Al Quran walau sesibuk mana pun kamuโ ujarnya tegas, matanya berkaca menatap peserta. Dia seperti disihir untuk tidak meninggalkan majlis yang baginya menghimpunkan anak-anak didiknya dari seluruh negara. Usai beliau memberi pengisian, tubuhnya yang uzur masih melekat di kerusi khas di belakang pentas. Matanya memerhati dengan penuh teruja ke arah anak muda yang jumlahnya ribuan orang dan dia dengan tekun menangkap butiran yang disampaikan oleh penceramah-penceramah lain. Dalam keadaan uzur serta jauh lebih berilmu dan berpengalaman, beliau masih mendengar dan ditarbiah. Inilah watak keikhlasan sang murabbi yang sukar dicari ganti pada hari ini.
โNama apa ustazah yang bercakap tu?โ Tanya ustaz Yahya perlahan, cuba mengingat sesuatu. โOohh, Dr Asiah AliโฆPengerusi tarbiah Muslimatโ jawab saya. Ustaz tekun menangkap butiran yang keluar daripada mulut penceramah. Ustaz Asri Daud, sekali sekala melayan pertanyaan Ustaz Yahya, yang tergambar sangat bahagia pada hari itu. Sesekali dia membetulkan duduknya pada kerusi khas yang kami sediakan.
Sukarnya untuk melupakan jasa Ustaz Yahya kepada peserta kebangkitan Islam, juga kepada kita semua di dalam harakatul ummah ini. Hari ini dan seterusnya kita akan merindui sang murabbi ini, suara lirihnya juga tatapan mata bahagia dalam program tarbiah. Nuansa sentiasa untuk mengukuhkan jamaah yang kita cintai, kerana kita dan almarhum menjiwai setulusnya bahawa tarbiah adalah tunjang kekuatan perjuangan. Gagah dan konsistennya harakatul ummah pada hari ini ialah kerana tarbiah yang berterusan untuk para pendokongnya. Kita ahli-ahli PAS tidak akan menjadi pahlawan kesiangan yang sarat dengan mimpi-mimpi indah untuk merengkuh Putrajaya namun mengambil mudah dan culas dengan program tarbiah.
Sedekad masa berlari meninggalkan kita, selamat berehat buat sang Murabbi, demi Tuhan, kami adalah saksi mata bagaimana gigihnya dirimu membina dan mengisi dada kami. Bergerak menyambangi seluruh belahan negara ini untuk berdakwah dan membina para duat dan amilin. Kami berjanji untuk meneruskan jalan dakwah ini dan memastikan harakatul ummah ini terus berada di orbit perjuangan Islam walaupun kami tahu betapa rindunya kami pada sebuah kerusi kosong di medan tarbawi yang biasanya, menyandar tubuh kurus namun sarat dengan kata-kata inspiratif yang meluncur daripada sumur akalmu yang jernih.
Al-fatihah.
(Penulis ialah AJK PAS Pusat, Pengerusi LESTARI)