JOM INFAQ

BAHASA MELAYU PERLU DIMARTABATKAN BUKAN DIPERLEKEHKAN

Thu, 02 Jun 2022
Kategori: 

Sudah hampir 65 tahun kita merdeka, namun masih lagi timbul isu berkenaan bahasa Melayu. Ramai pihak yang masih tidak sedar tentang kepentingan Bahasa Melayu ini. Sesetengah pemimpin dan rakyat masih lagi berfikiran bahawa Bahasa Melayu adalah bahasa mundur. Bagaimana perkara ini harus berlaku? walhal kita sudah hampir 65 tahun merdeka.

Usaha memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan bukan satu usaha yang perlu dipermainkan malah perlu dimartabatkan. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang telah diwujudkan menjadi entiti penting dalam kerajaan bagi membina dan memperkayakan Bahasa Melayu dalam semua bidang dalam dan luar negara.

Pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan rakyat Malaysia telah menjadi keperluan semasa sejak dahulu lama lagi. Ini kerana Bahasa Melayu sangat penting bagi mengukuhkan perpaduan dan memupuk kesatuan dalam membentuk sebuah negara yang harmoni dan stabil. Malaysia mempunyai rakyat yang ramai dan berbilang kaum, jadi sewajarnya Bahasa Melayu ini perlu menjadi titik permulaan yang penting bagi menyatupadukan kesatuan sesama rakyat.

Demi menguatkan perpaduan di Malaysia, semua pihak perlu mengambil tanggungjawab untuk memartabatkan Bahasa Melayu ini dalam semua aspek kehidupan seperti dalam ekonomi, pendidikan dan politik. Rakyat Malaysia perlu sedar bahawa Bahasa Melayu menjadi kayu ukur dalam perpaduan di negara ini. Oleh itu, Dewan Pemuda PAS Malaysia berharap agar tiada pihak yang cuba memperlekehkan Bahasa Melayu dan mengeluarkan kata-kata yang menjejaskan perpaduan di Malaysia. Semoga semua rakyat dapat memartabatkan Bahasa Melayu ini.

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram